Peace Be Upon On You

Wednesday 8 May 2013

Tips gantung gambar



MENGGANTUNG gambar dan perhiasan memerlukan ilham serta sentuhan kreatif. Elok susunan serta indah elemen yang ditonjolkan, bukan saja mengundang perhatian tetamu, malah apa yang dipamerkan mampu menambah nilai karya seni itu.



Ruang makan dihiasi dengan gambar hiasan yang sesuai dengan tempat  menjamu selera




Paras ketinggian gambar yang ingin digantung terpulang kepada luas dinding dan selera peribadi namun, untuk impak terbaik, pastikan gambar diletak separas atau bawah sedikit dari paras mata. Sebaiknya, gambar itu disusun dalam kedudukan lurus dan jarak tepat jika mahu ia dilihat seimbang dan harmoni.




Susunan gambar yang menarik dengan kombinasi warna yang sekata

Walaubagaimanapun jika susunan gambar tidak menarik dan hanya di letak sesuka hati akan mencacatkan pemandangan di dalam rumah kita. 


Gambar yang agak  kemas tetapi crowded dengan gambar

Tips gantung gambar

1. Pastikan bingkai gambar digantung pada aras mata. Pastikan ia tidak terlalu tinggi hingga kita perlu mendongak untuk menatapnya.

2. Pilih lukisan yang bersesuaian dengan ruang dinding supaya ia tidak kelihatan janggal kerana terlalu besar atau kecil pada dinding.

3. Untuk penampilan yang lebih anggun, kesinambungan warna persekitaran dengan lukisan mampu meninggalkan kesan estetika pada ruang kediaman. Begitu juga dengan genre lukisan , sesuaikan konsep interior anda agar penatan nampak selari.


Saya sertakan juga video yang berkaitan cara menggantung gambar dengan kemas




selamat menonton..

No comments:

Post a Comment