Peace Be Upon On You

Thursday 16 May 2013

Dekorasi Hiasan Taman



Hiasan Taman atau lebih dikenali sebagai landskap merupakan satu aktiviti menarik disekitar kawasan kediaman. Taman ini adalah sebahagian daripada rumah kita dan selain didalam rumah taman merupakan kawasan yang sesuai untuk kita merehatkan minda dan menghabiskan masa bersama ahli keluarga dan rakan-rakan. Jadi hiasan taman yang menarik perlu untuk menarik mata memandang pada sesiapa yang datang bertandang di rumah kita.
Reka bentuk hiasan taman dalam rumah yang menarik
Bunga-bunga atau pokok-pokok hiasan merupakan hiasan wajib yang perlu ada di dalam sesebuah hiasan taman. Pilihan bunga atau pokok hiasan ini juga penting mengikut tahap keluasan taman. Mengunakan bunga atau pokok hiasan bersaiz besar akan mengundang taman kelihatan semak samun. Jadi bunga atau pokok hiasan yg bersaiz kecil boleh digunakan. Jenis-jenis tumbuhan ini pula terpulang kepada citarasa anda.


Susunan kombinasi warna bunga yang sekata untuk menghidupkan lagi keceriaan pada taman

Kebanyakan penghuni yang berminat menghias taman mereka tetapi tidak mempunyai cukup masa untuk menjaga bunga atau pokok hiasan ini, anda masih boleh merealisasikan impian dengan mengunakan batu-batu atau kolam buatan. 

video ruang tamu yang tropikal sesuai dengan hiasan taman

Pengunaan arca-arca juga boleh diguna pakai untuk membuat taman hiasan anda kelihatan lebih menarik. Terdapat pelbagai arca hiasan taman di pasaran untuk disesuaikan pada hiasan taman anda. Air pancut dan air terjun buatan juga dapat menenangkan fikiran dengan mendengar bunyi air yang mengalir.


arca yang dikatakan agak menarik jika dijadikan hiasan

Menambah perabot untuk taman hiasan membuatkan anda lebih mudah untuk menikmati alam semula jadi, kehijauan dan ciri-ciri hiasan yang ada.Sama ada memilih set teras atau hanya satu bangku taman untuk duduk, berehat dan menikmati keindahan hiasan taman.
Kolam air pancut sesuai sebagai tempat penenang jiwa

Jadi tidak salah anda membelanjakan sedikit wang dan waktu untuk mendapatkan ketenangan yang terbaik untuk anda dan juga keluarga.

No comments:

Post a Comment