Peace Be Upon On You

Wednesday 24 April 2013

Warna Ungu di Kamar Tidur




Berikut adalah beberapa idea reka bentuk bergaya ruang untuk anda yang suka warna ungu.

1. Mengecat adalah satu perkara yang penting apabila menghias bilik. Setiap warna mempunyai makna yang tersendiri yang menunjukkan ekspresi perasaan dan emosi. Warna ungu adalah simbol kreativiti, kebijaksanaan, kemasyhuran dan juga warna feminin dan warna ungu juga menimbulkan perasaan romantik. Ada yang berkata ungu yang boleh membuatkan kita mempunyai ketenangan dalam fikiran dan ia juga merupakan warna untuk meditasi. 






2. Bilik-bilik yang yang ditunjukkan dibawah mempunyai sentuhan warna ungu dalam rekaan. 

adunan warna Ungu dalam reka bentuk dalaman, sepert warna dinding , perabot , kusyen atau hanya sekadar meletakkan benda yang kecil seperti lukisan, sudah cukup membuatkan bilik kelihatan bergaya dan menakjubkan. tambahan pula dihiasi warna ungu.

Tips Pasang Langsir

Kali ini saya akan berkongsi bagaimana untuk memasang langsir dapur. Seperti yang sedia maklum sudah menjadi trend kita menukar langsir setiap tahun. 

Contoh langsir modern yang digunakan  tetapi kurang sesuai kerana jenisnya  yang tebal



Langsir dapur lebih terdedah dengan kepanasan dan humidity berbanding di tempat lain. Langsir lama yang menghiasi ruang tamu atau bilik tidur anda sebelum ini mungkin materialnya dari jenis yang memerlukan penjagaan rapi atau cucian kering. Atau lebih tepat dipanggilheavy curtain. Tebal dan berat. Langsir yang tebal mudah memerangkap lembapan dan bau hapak. Jadi,light curtain (nipis dan ringan) lebih praktikal kerana beberapa sebab.

Langsir dapur sepatutnya membenarkan sejumlah cahaya matahari masuk untuk menambah kecantikan dapur anda secara semulajadi. Heavy curtain hanya akan menghadang cahaya, menjadikan suasana dapur gelap dan tidak sesuai untuk memasak. Jadi, elakkan daripada mengganggu laluan cahaya memasuki ruang dapur. Tetapi tidaklah terlalu jarang atau nipis hingga orang di luar boleh nampak dengan mudah.


Light curtain pula membolehkan bau masakan tersebar keluar melalui tingkap. Heavy curtain hanya akan memerangkapnya. Memilih kain langsir seperti lacenylon dan cotton lebih sesuai. Langsir dapur juga sepatutnya senang untuk dicuci dan dijaga. Adakalanya hanya perlu dikibas untuk membuang debu.




Tips Memasang Langsir

1. Pastikan jarak langsir selamat daripada api dapur yang mungkin boleh mendatangkan perkara yang tidak diingini. Jika terlalu hampir dengan dapur masak, mungkin idea anda kurang sesuai sebab langsir akan lebih mudah menyerap lembapan terutama wap daripada masakan. 


2. Sekiranya tingkap dapur dekat dengan jalanraya, privacy mungkin jadi keutamaan dan anda sememangnya memerlukan langsir. 




3, Warna peralatan, kabinet dan countertop dapur anda akan mempengaruhi stail langsir yang anda pilih. Langsir akan lebih nampak bergaya sekiranya padan dengan bahagian dalaman dapur yang lain. Anda juga boleh padankan warna langsir dengan lantai dapur, warna dinding ataupun wallpaper yang digunakan. 

4. Satu lagi yang penting adalah ukuran langsir. Berikan perhatian pada saiz dan panjang langsir. Langsir yang panjang dan labuh mungkin nampak cantik di tempat lain, tetapi bukan di dapur. 


Masih belum jumpa langsir yang sesuai?. Satu lagi pilhan, anda boleh gunakan blind curtain. Mudah dijaga dan tidak mempunyai daya serapan. Sangat sesuai untuk menghalang pandangan dari luar terutama pada waktu malam, tetapi masih membolehkan cahaya masuk pada waktu siang. Anda juga boleh membuka tingkap untuk membenarkan udara segar memasuki ruang dapur rumah anda.

Sunday 14 April 2013

Dekorasi Bilik Tidur


Heyya gurls...hee..

assalamualaikum pembuka bicara..
kalam bismillah meniti dibibir..
hari ini entry baru berbicara..
untuk ilham bilik tidur..


Bililk tidur yang menjadi impian setiap orang

ngeeee...
pantun entah pape..
tapi janji boleh cerita pasal hiasan bilik tidur..tak gitu ?

ok..kat sini saya ada letak link pasal deco yang eric the boom tu buat..
i like the way he decorate the house to become such beautiful and heaven house..
ok..
here we go..


how is it going?
great or pretty good?haha
kalau tgk dia punya decoration xde la macam exaggerate sangatkan..
its just..simple...tp nice.


kalau nak dibandingkan dengan keadaan bilik tu sebelum dan selepas memang sangat contra..
eric just guna sedikit sentuhan..
ada lightning.
beliau guna warna coklat as the theme of the bedroom,a split of black and white of the background, katil dan meja guna kaler coklat jugak. at first ,kita akan nampak dia punya decoration tu macam biasa je, tp bila beliau touch up sikit katil dan langsir tu dengan warna purple,pergh! its awesome..satu bilik tu nampak ceria.
kan?

dia punya bilik tuk wardrop guna sliding door, i like..sangat

and bila ada lampu and also the candle,its become romantic.
put some therapy aroma,your room will become a heaven bedroom.
believe me,i'll not leave your room even a minute . ^__________^

ok..thats all for today.. see you later =)

Thursday 11 April 2013

Dekorasi Dapur


4th Entri

Hah...Kali ini saya nak bawa korang semua ke DAPUR... tp Mat Salleh panggil KITCHEN..
Nak tau sebab apa? hah..meh nak bagitau sikit,, kadang-kadang bila kita masuk dapur orang ALLAHURABBI cantiknya! seperti picture di bawah ni...


Barulah sedap mata memandangkan?..betul,betul,betul... :')


Kenapa dapur rumah kita harus bersih dan kemas?
kerana dapur merupakan suatu tempat untuk  memasak terutamanya bagi wanita yang bergelar suri rumah tangga.
Seandainya dapur tidak dijaga dan dibersihakan ia akan mengundang kepada pelbagai penyakit.
Takut-takut juga cik siti (Si Tikus, Si Lipas, Si Cicak) turut menyelinap masuk ke dapur kita dengan membawa bahan-bahan beracun..

lihat dapur ini


nak masuk pun seram betapa kotornya macam tongkang pecah!

Ingatlah.."Sesungguhnya Bersih itu Sebahagian daripada IMAN"

Tidak mengapa jika tidak kemas, tetapi yang penting bersih..ok?

Ok, at the last, suka untuk saya kongsikan cara HOME DECO dari Eric Leong bagaimana nak decorate kitchen korang supaya tampak kemas dan berasa tenang di dapur..


Selamat menonton...



Dekorasi dapur bersama Eric Leong

Monday 1 April 2013

Fresh Flower


3rd Entri...

Berkaitan dengan  "Fresh Flower" ni kan suka untuk saya memberitahu anda semua bahawa bunga-bunga segar ini mampu memberi aroma yang menyegarkan especially bau wangiannya. 


"Fresh Flower" ini juga bermaksud bunga hidup yang segar. Bukan bunga plastik tau yang disegarkan oleh sesetengah pengemar bunga.



Bunga segar memberi aroma yang menyegarkan 


Kalau kita lihat pada hari banyak bunga-bunga segar digunakan untuk merawat tubuh yang lemah katanya, serta digunakan juga untuk 
menaikkan semangat kebatinan dan yang paling menyegarkan tubuh badan.


Mandi bunga yang di katakan mampu menghilangkan stress



So, anda juga mampu lakukannya demi kesihatan tubuh badan anda.
sayangilah diri kita, sesungguhnya ketahuilah tubuh kita juga perlukan belaian dan ketenangan.